Pages

Saturday, November 27, 2010

ART WORK 9

Baru hari Selasa update hari ini update lagi.Ini mungkin post terakhir untuk bulan ini.Kalau anda boleh lihat lukisan saya tidaklah cantik sangat tapi okey sebagai pelukis amatur.Jadi dalam masa akan datang saya akan perbaiki lukisan saya semasa ke semasa untuk jadi yang terbaik.Mari kita lihat lukisan saya.


Lukisan ini adalah diinspirasikan daripada watak AVATAR.Kalau anda lihat lukisan ini anda pasti kelihatan banyak kesilapan pada beberapa tempat.Warna biasa-biasa sahaja dan tidak menarik langsung.


Ini bukan lukisan tetapi binaan yang mengunakan software GoogleSketchUP.Binaan yang pelik tetapi unik.Lama juga siapkan binaan ini.


Hebat bukan lukisan ini,tetapi malangnya bukan saya lukisan cuma mewarnakanya sahaja.Tidaklah susah mewarna ini cuma perlukan ketelitian dan kesungguhan.Masa yang diambilkan tidaklah begitu lama,sekejap sahaja.

Apa yang menarik bulan ini adalah saya menjadi finalis DIALOG LUCU KOMIK-M (minggu kedua) dan lukisan saya masuk dalam komik SHOOTZ!#3.Mungkin saya akan update semuanya bulan hadapan.

No comments:

Post a Comment