Pages

Monday, November 1, 2010

Aku-Mangaka 1

Permulaan

Mulai post ini saya akan updated tentang kehidupan saya sebagai seorang manga-ka (pelukis komik).Kita mula dari awal pembabitan saya dalam dunia melukis ini.Mula bergiat dalam dunia melukis ini sudah lama,dari tadika kalau tidak silap saya.Banyak juga lukisan yang pernah dilukis masa kecik-kecik dahulu (tahun 2000) tapi semua sudah hilang.Kawan-kawan juga melukis bersama.Seronok betul (HAHAHA).Tapi tidak menyangka melukis boleh dijadikan kerja yang menguntungkan kalau berusaha.Kadang-kadang minat akan terhenti sekiranya halangan dari ibubapa.Mungkin pandangan mereka berbeza dengan kita menyebabkan hal sedemikian terjadi.Apa-apa pun yang terjadi kita mestilah bersemangat dalam mencapai matlamat kita (YEAH).

Perkembangan

Macam mana boleh berkembangnya bakat saya? anda tahu.Ramai yang tidak terfikir macam kepayahan melukis komik.Memang susah melukis lebih-lebih lagi buat komik.Rasanya mula-mula aku melukis sebab minat dan sebagai mengisi masa lapang.Tapi tak sangka lebih kurang 10 tahun berkecimpung dalam arena ini (walaupun tidak sehebat mana).

Klimaks

Kemuncak semangat untuk buat komik dengan serius bermula aku kenal dengan KOMIK-M.Sebelum aku kenal KOMIK-M,aku suka kumpul majalah GEMPAK.Majalah tu memang up to date.Banyak juga informasi yang berguna yang ada pada majalah itu.Tapi sekarang KOMIK-M dekat dihati.Aku kenal KOMIK-M masa aku bergiat dalam facebook.Ramai juga artis KOMIK-M yang ada facebook.Jadi sekiranya anda semua ada apa-apa soalan yang bermain difikiran anda boleh menanya kepada mereka.Banyak juga genre komik yang dipaparkan,contoh sukan,islamik,ilmu pengetahuan dan banyak lagi.

Komik ini merupakan terbitan KOMIK-M yang pertama aku beli.Pelukis komik ini juga sama umur dengan aku. (hebat betul dia) Komik ini berjudul Aviasi Fantasi.Komik ini berkisar Hadi dan Aidil memasang impian mahu mengembara ke langit tinggi. Baginya, mengembara ke langit adalah pengalaman yang indah. Namun, ia bukan seperti yang dijangkakan. Ketika mereka sedang terbang di awan biru, mereka terserempak dengan sebuah kapal laut yang besar. Bermula dari kejadian aneh itu, pengembaraan yang indah itu bakal berubah kepada suatu pengembaraan yang penuh misteri.Mengapa kapal laut itu muncul di tempat yang tidak sepatutnya? Apakah disebalik kejadian fenomena aneh ini?

Sekarang ini ada siri yang kedua,sambungan pertama.Siri yang kedua masih tidak beli lagi.


Klik di sini untuk beli secara online.

Peleraian

Apa yang aku fikirkan pada masa ini adalah mutu sesebuah komik yang berjaya.Lukisan tidak penting cantik atau buruk janji ada pengisisan yang berguna.Apa hebatnya sekiranya lukisan hebat tetapi pengisian kosong,tidak guna juga.Paling utama sekali keazaman yang perlu ditanam dalam jiwa kita.(berfalsafah pula aku ni)

Penutup

Akhir kata,hari ini merupakan bermula pengembaraan aku sebagai pelukis komik bebas.Banyak perkara aku kena lakukan,buat refer sini,buat refer sana,buat refer situ dan banyak refer aku aku kena buat.Anda mahu tahu komik apa yang saya akan lakukan,tunggu post saya akan datang.Terima Kasih........

No comments:

Post a Comment