Pages

Sunday, November 7, 2010

Aku-Mangaka 2

Hari ini cuaca sejuk di dalam rumah disebabkan hujan.Sebenarnya bukan mahu bercerita tentang cuaca tetapi lebih kepada komik.Biasalah bila hari ahad datang mesti bosan tidak tahu mahu buat apa-apa.Kalau mahu menghilangkan bosan mesti baca komik baru best.Apa lagi,aku pergi ambil majalah GEMPAK lama tahun lepas.Walaupun sudah baca tidak tahu kenapa aku mahu baca lagi.Sebelum baca mesti tengok tarikh dahulu,tetapi ada yang pelik dengan tarikh majalah berkenaan.Seharusnya tahun 2009,tetapi 2008.Musyhkil juga kenapa terdapat kesilapan berlaku.Cakap banyak tidak guna,mari kita lihat gambar dibawah.



Setahun aku beli majalah ini baru perasan.Rasanya ada sekali aku beli majalah yang rosak.Balik rumah baru perasan yang muka surat kertas terlebih.Ada juga yang kertas jadi kecil dan melekat dibagaian atas.Jadi sebelum beli apa-apa lihat dahulu sebelum beli.





Entri ini ditujukan kepada peminat GempakStarz sahaja.Kepada yang tidak tahu ambil ini sebagai pengajaran yang tidak bermakna kepada anda.

No comments:

Post a Comment