Okey entri kali ini saya akan cerita tentang KOMIK-M.Rasanya lama juga tidak update blog ini disebabkan kekurangan idea.Rasanya dua hari lepas saya ada terbaca senarai pengedar KOMIK-M dan tidak menyangka ada sebuah kedai yang selalu saya pergi ada menjualnya.Apa lagi saya terus mendapatkannya.Banyak juga judul buku yang dujual,tapi saya pilih Aviasi Fantasi#2.Berkaitan komik ini,saya suka lukisannya yang semakin matang berbanding siri yang sebelumnya,tetapi jalan cerita siri pertama rasanya lebih menarik sehingga saya baca berulang kali.

Disebabkan tiada kamera saya mengunakan webcam sahaja:D -Komik disebelah adalah komik terbitan KOMIK-M iaitu ANTOLOGI BAJU RAYA DARI SYURGA.

Ini merupakan muka surat terakhir untuk komik ini.Maaf hanya ini sahaja saya boleh tunjuk sebagai mempromosikan komik ini.
No comments:
Post a Comment