Pages

Sunday, January 1, 2012

I Am Back

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua!
Akhirnya tahun 2011 sudah melabuhkan tirai beberapa jam yang lepas.Mesti ada azam yang tidak tercapai pada tahun lepas. Kebanyakkan orang berazam bermacam-macam tapi satu apa tak menjadi.Pagi tadi saya ada terbaca tentang ini.(Bila sampai 31 Disember, berapa ramaikah umat Islam yang meraikan tahun baru? Tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan oleh Sheikh-ul-Azhar, Sheikh Tantawi, Sheikh Yusof al-Qardhawi dan ulama2 contemporary bahawa menyambut 31 Dis. bererti menyambut ulangtahun hari jadi tuhan Yahudi & Nasarah. Bagi mereka yang tidak tahu, hukumnya fasik, tetapi bagi mereka yang tahu (kita sekarang sudah tahu) hukum nya ialah MURTAD)Saya tidak pasti mengetahu perkara,kalau ia benar jadikan sebagai peringatan.

Kita tinggalkan perkara berkenaan dan kembali pada perkara yang hendak diperkatakan dalam entri kali ini.Sebenarnya saya tidak ada azam langsung pada tahun tetapi,ada perancangan dan impian yang telah disusun atur secara sistematik dalam otak.

Perancangan dan Impian

1) Menghasilkan komik yang berkualiti
2) Membeli camcorder
3) Membuat filem pendek
4) Masuk ke IPTA
5) Belajar bahasa asing
6) .....................
7) .....................
8) .....................
9) .....................
10) ...................


Tempat kosong ini akan diisi apabila tiba waktunya nanti.

Di antara perkara yang tersenarai di atas yang saya mahu kecapi dahulu adalah (Menghasilkan komik yang berkualiti) Impian ini daripada dulu lagi ingin terlaksana tetapi disebabkan oleh kemahiran melukis masih lemah dan pengalaman masih kurang jadi terpaksa memberhentikan hasrat hati.Tapi,tahun ini berharap sangat terlaksana dengan jayanya kerana saya tidak bersekolah lagi dan selesai menghadapi SPM dengan (.......)Berkemungkinan masa yang terluang selepas ini bolehlah melukis komik.



Ini merupakan watak-watak yang terdapat di dalam komik ini.Proposal masih dalam pembikinan dan bermungkinan esok akan hantar.Judul untuk komik ini adalah Kick Off,tetapi tidak tahu lagi diterima atau tidak.Sekiranya tidak terpaksa tukarlah.Okey rasanya sampai di sini sahaja entri untuk kali ini.Tiadak boleh cerita banyak-banyak tentang komik,kalau di reject buat malu sahaja.

강지영

No comments:

Post a Comment