Piala Dunia FIFA 2010 adalah Piala Dunia FIFA ke-19, kejohanan bola sepak antarabangsa terulung. Ia sedang berlangsung dari 11 Jun hingga 11 Julai 2010 di Afrika Selatan. Inilah kali pertama kejohanan ini dianjurkan di sebuah negara Afrika, setelah Afrika Selatan menewaskan Maghribi dan Mesir dalam proses pembidaan yang melibatkan kesemua calonnya dari Afrika.
Kejohanan ini menyaksikan 736 pemain mewakili 32 pasukan yang merebut Piala Dunia dalam perlawanan yang diadakan di sepuluh buah stadium di seluruh Afrika Selatan. Pasukan-pasukan yang layak dipilih melalui proses kelayakan yang bermula pada Ogos 2007.
Kejohanan bermula pada 11 Jun dengan peringkat kumpulan, di mana 32 pasukan yang layak dibahagikan kepada lapan kumpulan bertanding gilir untuk merebut mata, iaitu dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan mara ke pusingan kedua. 16 pasukan itu mara ke peringkat kalah mati ulai 26 Jun, yang mana perlawanan yang bermarkah seri selepas tempoh biasa terpaksa dikenakan masa tambahan, dan juga sepakan penalti jika perlu, sehinggalah Perlawanan Akhir Piala Dunia, yang berlangsung pada 11 Julai di stadium Soccer City di Johannesburg.
Kejohanan ini dimenangi oleh Sepanyol yang menumpaskan finalis kali ketiga, Belanda 1–0 selepas masa tambahan, hasil jaringan Andrés Iniesta yang mengurniakan kejuaraan pertama bagi negara Sepanyol. Pasukan Afrika Selatan menjadi pasukan tuan rumah pertama yang tersingkir di peringkat kumpulan sepanjang sejarah penganjuran Piala Dunia; tidak lupa juga juara bertahan Itali dan bekas naib juara Perancis yang berentap di perlawanan akhir empat tahun lalu, turut tersingkir di pusingan pertama, manakala pasukan-pasukan terulung dari Argentina, Brazil dan Jerman terkeluar di peringkat kalah mati.
Kejohanan tahun 2010 ini menandakan kali pertama sebuah pasukan Eropah menjuarai kejohanan Piala Dunia yang dilangsungkan di luar benua tersebut, dan juga kali pertama dua pasukan Eropah berbeza berturut-turut menjuarai kejohanan. Kemenangan Sepanyol turut menambah bilangan negara juara Piala Dunia kepada lapan.
STADIUM PERLAWANAN
Pada 2005, pihak penganjur mengeluarkan senarai awal 12 tempat untuk penganjuran Piala Dunia:Bloemfontein, Cape Town, Durban, Johannesburg (dua tempat), Kimberley, Nelspruit, Orkney, Polokwane, Port Elizabeth, Pretoria, dan Rustenburg. Ini telah dikurangkan kepada 10 tempat seperti yang diumumkan secara rasmi oleh FIFA pada 17 Mac 2006.

SIMBOL
Maskot
Maskot rasmi Piala Dunia FIFA 2010 ialah Zakumi, seekor harimau bintang bersifat manusia yang berambut hijau, diperkenalkan pada 22 September 2008. Namanya dipetik dari "ZA", singkatan antarabangsa untuk Afrika Selatan, dan "kumi", yang bermaksud "10" dalam pelbagai bahasa Afrika. Warna hijau kuning maskot ini mencerminkan warna-warna yang dipakai oleh pasukan tuan rumah, Afrika Selatan.

BOLA RASMI PERLAWANAN
Bola perlawanan bagi Piala Dunia 2010, telah dibuat oleh Adidas, dan dinamakan Jabulani, bermaksud "memberi kegembiraan pada semua" di dalam bahasa bahasa Zulu. Ia adalah bola Piala Dunia kelapan dibuat oleh pembuat barangan sukan Jerman; ia menunjukkan sebelas warna, mewakilkan setiap pemain sesebuah pasukan di atas padang dan sebelas bahasa rasmi Afrika Selatan. Sebiji bola perlawanan khas dengan panel emas, dinamakan Jo'bulani, akan digunakan pada peringkat akhir yang diadakan di Johannesburg.
Adidas Jo'bulani, Bola perlawanan akhir
Bola ini direka menggunakan satu rekabentuk baru, yang mengandungi lapan ikatan terma, panel-panel tiga dimensi. Kesemuanya ini diacuankan secara sfera daripada etilina vinil asetat(ethylene-vinyl acetate atau nama singkatan:EVA) dan termoplastik poliuretena (thermoplastic polyurethanes - nama singkatan:TPU). Permukaan bola ditekstur dengangrooves, sebuah teknologi yang dibangunkan oleh Adidas yang dinamakanGripnGroove yang bertujuan untuk meningkatkan aerodinamik bola tersebut. Rekabentuk ini telah mendapat beberapa input akademik, yang dibangunkan di dalam perkongsian dengan penyelidik dariLoughborough University, United Kingdom. Bola-bola ini telah diperbuat di China, menggunakan pundi-pundi lateks di India, termoplastik poliuretena dari Taiwan, etilina vinil asetat, isotropik poliester/kapas fabrik, dan gam serta dakwat dari China.
Beberapa pemain bintang bola sepak sudah mengadu mengenai bola tersebut, mendakwa bahawa pergerakannya sangat susah untuk diramal.Penjaga gol Brazil Júlio César membandingkan bola berkenaan dengan bola "supermarket" yang lebih berpihak kepada penyerang dan berhasil menentang penjaga gol.Jurulatih Argentina Diego Maradona berkata bahawa "Kita tidak akan nampak hantaran jauh di dalam Piala Dunia ini kerana bola berkenaan tidak terbang terus (We won't see any long passes in this world cup because the ball doesn't fly straight.)" Walau bagaimanapun, sebilangan pemain tajaan Adidas sudah memberi maklumbalas positif terhadap bola ini.
Lagu Rasmi
Lagu rasmi bagi Piala Dunia 2010 adalah "Waka Waka" dipersembahkan oleh penyanyi Colombia, Shakira dan kumpulan Freshlyground dari Afrika Selatan, dan lagu ini dinyanyikan di dalam kedua-dua bahasa Inggeris dan Sepanyol. Lagu ini berdasarkan sebuah lagu tradisi askar bernama Zangalewa. Shakira dan Freshlyground telah mempersembahkan lagu ini semasa konsert sepakmula pra-pertandingan di Sowetopada 10 Jun 2010. Ia juga telah dinyanyikan semasa upacara pertandingan dan akan dipersembahkan pada akhir pertandingan pada 11 Julai 2010.
Vuvuzela
Semasa Piala Dunia, banyak pihak mengkritik dan mendakwa bahawa bunyi bising yang dihasilkan oleh hon-hon vuvuzela, termasuklah pemain Perancis, Patrice Evra, menyalahkan bunyi vuvuzela sebagai faktor prestasi rendah pasukannya.Pengkritik-pengkritik lain termasuklah Lionel Messi, mendakwa bahawa bunyi vuvuzelas mengurangkan komunikasi di kalangan pemain di padang, dan syarikat-syarikat penyiaran, mendakwa bahawa suara-suara penyiar juga telah ditenggelamkan oleh bunyi berkenaan.
Orang lain yang menyaksikan perlawanan di televisyen mendakwa bahawa kemasukan bunyi audio dari stadium hanya mengandungi bunyi vuvuzela dan bunyi semulajadi orang ramai telah ditenggelamkan. Seorang jurucakap daripada ESPN dan rangkaian lain telah berkata bahawa mereka telah mengambil langkah untuk mengurangkan bunyi bising berkenaan pada rangkaian mereka.
PERINGKAT KUMPULAN
Pusingan Pertama
Proses penentuan kumpulan diadakan di Cape Town pada 4 Disember 2009.



Pusingan Kedua

JUARA-SPAIN
NAIB JUARA-NETHERLAND
KETIGA-JERMAN
KEEMPAT-URUGUAY
PERLAWANAN AKHIR
Netherland vs Spain (0,1)




No comments:
Post a Comment