Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua!
Gambar diatas dua watak dalam komik yang saya akan lukis.Banyak kali cuba akhirnya editor memilih yang paling akhir.Saya lebih suka akan gambar keempat sebab mata orang muda itu sampai pandangan serong.Mungkin editor sudah pening dan memilih gambar terakhir.Saya akan ubuh matanya supaya nampak matang sedikit.Dibawah adalah skrip untuk komik.......( Saya pun tak tahu komik apa?).
Cerita kepada anak2 tentg cara menjaga hubungan semasa bertunang.
Farid: Ayah, saya berkenan dengan seorang wanita untuk dijadikan isteri.
Ayah pandang kagum pada Farid.
Subhanallah anakku memahami hubungan yang halal dan haram.
Ayah: Siapa? Dia melamar kamu?
Farid: Ish. Dia bidadari, mestilah saya yang akan melamarnya.
Senyum bangga.
Ayah: Maksud kamu Saidatina Khadijah bukan bidadari?
Farid tegamam. Tidak terfikir dia sampai ke tahap itu.
Ayah: Seorang wanita solehah hanya melamar seorang lelaki yang betul-betul ‘hebat’ pada imannya.
Senyum.
Farid: Oh, maksud ayah, Farid tidak cukup hebat pada imannya?
Ayah gelak atau senyum lebih lebar.
Ayah: Mungkin juga.
Farid menarik muka.
Ayah: Tapi pastinya hebat di mata Allah kerna redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa. Farid seorang anak yang hebat. Syukur pada Allah kerna dapat anak macam Farid.
Farid: Farid hebat sebab ibu ayah Farid hebat. Syukur juga sebab dapat ibu ayah yang hebat.
Ayah cium Farid di kepala.
Farid: Ayah, macam mana ayah menjaga hubungan semasa bertunang?
Ayah: Ai, belum melamar dah fikir sampai bertunang?
Farid: Persediaan awal, bak kata orang.
Ayah senyum.
Ayah: selepas bertunang,besar cabaran yang terpaksa ditanggung.. Sebab masa ini, syaitan akan cuba membolak-balikkan hati..menghasut kita agar tali pertunangan itu terputus. Hal ini yang menyebabkan pasangan yang bertunang boleh terputus pertunangan disebabkan perkara remeh.
Farid angguk tanda faham
Ayah: Bertunang bukan tiket menghalalkan segala hubungan suami isteri. Masih bukan mahram satu dengan lainnya. Maka perlu juga menjaga hubungan seperti sebelum bertunang. Cuma dengan bertunang memberi lesen untuk lebih mengenali pasangan dengan lebih rapat. Jika wanita yang berpurdah, calon suaminya berhak melihat wajahnya yang sebenar.
Farid: Macam mana nak kenal? Sms, email, call semua tak boleh.
Ayah: Bukan tak boleh. Boleh, Cuma jangan berlarutan hingga perkara yang mengarut-ngarut.
Farid: Boleh lah tanya suka apa, tak suka apa? Kalau berkongsi masalah? Boleh?
Ayah: Ya, boleh. Tetapi jika berkongsi masalah tu janganlah terlalu peribadi. Takut mengaibkan diri sendiri pula. Dia pun belum tentu jadi milik kita.
Farid: Selain itu, nak cakap apa lagi semasa bertunang ni?
Ayah: Tanya tentang keluarga, kerjaya, pandangan politik. Perkongsian ilmu, peringatan.
Farid: Oh, macam kawan-kawan juga lah?
Ayah: ya, macam kawan-kawan tapi istimewa sikit di hati.
Ayah mengenyit mata. Farid senyum nakal.
Tidak banyak info berkenaan syarikat SOUL ARTWORK disebabkan baru mula operasi tahun 2012 dan masih belum menerbitkan sebarang komik sebelum ini.Jadi ada peluang saya terus kaut dan terus berkarya.
Serba sedikit mengenai SOUL ARTWORK:
| Founded |
Januari 2012
|
|---|---|
| Location | |
| About |
Penerbit Komik Pembangunan Jiwa
|
| Description |
Soul Artwork ialah sebuah syarikat penerbitan komik pembangunan jiwa.
Buat masa ini kami sedang menyiapkan komik yang pertama iaitu bertemakan peminangan dan yang sewaktu dengannya. Nantikan kemunculannya, Teruskan menyokong kami. |
|---|---|
| Mission |
Menerbitkan komik pembangunan jiwa untuk mendekatkan Islam dengan generasi syabab.
|
SMOSH & MALAYSIA
Dibawah adalah snapshot yang aku ambil:
Cool bukan ada duit Malaysia.Siap teruja sebab ada kereta api dan lubang pada RM 5 (Window).Rasa macam nak hantar komik solo aku pada Smosh (kalau aku buat) boleh promosi di internet.Wuuhuu!
Rasanya sampai disini sahaja entri kali ini dan akan menonton SMOSH dan menyiapkan komik untuk SOUL ATRWORK. (klik pada pauntan)
Selamat Tinggal...........Fuhh! result SPM tak lah teruk sangat .
