Pages

Wednesday, February 29, 2012

Comic Proposal Chronologies

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua!

Updated! Updated! Updated!
Memandangkan hari ini adalah 29 Februari 2012,saya akan mulakan entri kali dengan kronologi proposal komik saya.Apa kaitan 29 Feb dengan komik proposal? Memang tak ada kaitan langsung.

Semua emel yang di hantar kepada Komik-M:D

Tuesday, January 31, 2012 5:42 PM-Saya berminat untuk menghantar proposal bagi komik antologi dan berharap pihak tuan dapat membuat penelitian yang terbaik terhadap komik saya ini.Sekiranya ada kekurangan mohon beri penjelesan,saya mahu membuat pembetulan sekirannya ada kesilapan yang dilakukan.Terima kasih kerana sudi membaca proposal saya.

Friday, February 3, 2012 5:40 PM-Maaf sebab lambat membalas. Buat maklumam, setakat ini, komik antologi Komik-M hanya diterbitkan dalam bentuk hitam putih. Berkenaan lukisan pula, masih kurang konsisten dan ada bahagian yang nampak keras. Usaha sikit sahaja lagi. Insya-Allah tuan ada potensi untuk berjaya. Sekiranya berminat membuat antologi, mungkin tuan boleh bermula dengan cerita yang bertemakan 'IBU'. Hantar sinopsis dan contoh komik. Terima kasih.

Friday, February 17, 2012 9:57 PM-Ini adalah proposal untuk komik antologi yang bertemakan 'IBU'.

Friday, February 17, 2012 10:52 PM-Lukisan masih belum okey dan meniru Atasinchi. Usaha lagi menghasilkan lukisan komik yang lebih baik dan asli. Terima kasih.

Monday, February 27, 2012 4:34 PM-Adakah sempat lagi saya menghantar komik antologi yang bertemakan ibu ini.

Masih tidak membalasnya,walaupun sudah tiga hari. Setahu saya dateline untuk komik antologi ini bulan Mac,tapi tak pasti. Memandangkan Komik tidak membalas rasanya nak cuba sebuah syarikat baru yang menerbitkan komik islam.Ianya lebih mudah kerana tidak banyak persaingan. Mari kita lihat komik yang saya hantar kepada Komik-M.




Ini sahajalah yang boleh buat buat masa ni.Selepas ni nak mantapkan lukisan,storyline,flow dan lain-lain.


Komik yang sangat bagus dari segi semua aspek,cuma buku yang aku beli ni muka suratnya tercabut:P



Memandang keputusan SPM akan keluar pada 22 Mac nanti,saya sebenarnya tak sabar untuk mengetahui keputusan yang sebenarnya.Berharap sangat dapat masuk universiti

Okey,blog ni sudah berjenama yang baru (URL sudah tukar) maknanya target saya masih tidak tercapai lagi buat masa ni.Rasanya sampai di sini sahaja entri kali ini.Updated akan datang pada akhir bulan Mac nanti.

ADEUS