Pages

Monday, April 30, 2012

Animation (Keluangman & Tiungman)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua!




   
Jangan lupa untuk subcribe di channel youtube saya.

Wednesday, March 28, 2012

Finally

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua!

Akhirnya setelah berhempas pulas selama seminggu,saya boleh melukis komik untuk SOUL ARTWORK.Saya tak tahu kenapa editor sungguh cerewet berkenaan watak.


Gambar diatas dua watak dalam komik yang saya akan lukis.Banyak kali cuba akhirnya editor memilih yang paling akhir.Saya lebih suka akan gambar keempat sebab mata orang muda itu sampai pandangan serong.Mungkin editor sudah pening dan memilih gambar terakhir.Saya akan ubuh matanya supaya nampak matang sedikit.Dibawah adalah skrip untuk komik.......( Saya pun tak tahu komik apa?).


Cerita kepada anak2 tentg cara menjaga hubungan semasa bertunang.
Farid: Ayah, saya berkenan dengan seorang wanita untuk dijadikan isteri.
Ayah pandang  kagum pada Farid.
Subhanallah anakku memahami hubungan yang halal dan haram.
Ayah: Siapa? Dia melamar kamu?
Farid: Ish. Dia bidadari, mestilah saya yang akan melamarnya.
Senyum bangga.
Ayah: Maksud kamu Saidatina Khadijah bukan bidadari?
Farid tegamam. Tidak terfikir dia sampai ke tahap itu.
Ayah: Seorang wanita solehah hanya melamar seorang lelaki yang betul-betul ‘hebat’ pada imannya.
Senyum.
Farid: Oh, maksud ayah, Farid tidak cukup hebat pada imannya?
Ayah gelak atau senyum lebih lebar.
Ayah: Mungkin juga.
Farid menarik muka.
Ayah: Tapi pastinya hebat di mata Allah kerna redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa. Farid seorang anak yang hebat. Syukur pada Allah kerna dapat anak macam Farid.
Farid: Farid hebat sebab ibu ayah Farid hebat. Syukur juga sebab dapat ibu ayah yang hebat.
Ayah cium Farid di kepala.


Farid: Ayah, macam mana ayah menjaga hubungan semasa bertunang?
Ayah: Ai, belum melamar dah fikir sampai bertunang?
Farid: Persediaan awal, bak kata orang.
Ayah senyum.
Ayah: selepas bertunang,besar cabaran yang terpaksa ditanggung.. Sebab masa ini, syaitan akan cuba membolak-balikkan hati..menghasut kita agar tali pertunangan itu terputus. Hal ini yang menyebabkan pasangan yang bertunang boleh terputus pertunangan  disebabkan perkara remeh.
Farid angguk tanda faham
Ayah: Bertunang bukan tiket menghalalkan segala hubungan suami isteri. Masih bukan mahram satu dengan lainnya. Maka perlu juga menjaga hubungan seperti sebelum bertunang. Cuma dengan bertunang memberi lesen untuk lebih mengenali pasangan dengan lebih rapat. Jika wanita yang berpurdah, calon suaminya berhak melihat wajahnya yang sebenar.
Farid: Macam mana nak kenal? Sms, email, call semua tak boleh.
Ayah: Bukan tak boleh. Boleh, Cuma jangan berlarutan hingga perkara yang mengarut-ngarut.
Farid: Boleh lah tanya suka apa, tak suka apa? Kalau berkongsi masalah? Boleh?
Ayah: Ya, boleh. Tetapi jika berkongsi masalah tu janganlah terlalu peribadi. Takut mengaibkan diri sendiri pula. Dia pun belum tentu jadi milik kita.
Farid: Selain itu, nak cakap apa lagi semasa  bertunang ni?
Ayah:  Tanya tentang keluarga, kerjaya, pandangan politik. Perkongsian ilmu, peringatan.
Farid: Oh, macam kawan-kawan juga lah?
Ayah:  ya, macam kawan-kawan tapi istimewa sikit di hati.
Ayah mengenyit mata. Farid senyum nakal.

Tidak banyak info berkenaan syarikat SOUL ARTWORK disebabkan baru mula operasi tahun 2012 dan masih belum menerbitkan sebarang komik sebelum ini.Jadi ada peluang saya terus kaut dan terus berkarya.

Serba sedikit mengenai SOUL ARTWORK:


Founded
Januari 2012
Location
About
Penerbit Komik Pembangunan Jiwa
Description
Soul Artwork ialah sebuah syarikat penerbitan komik pembangunan jiwa.

Buat masa ini kami sedang menyiapkan komik yang pertama iaitu bertemakan peminangan dan yang sewaktu dengannya.

Nantikan kemunculannya,

Teruskan menyokong kami.
Mission
Menerbitkan komik pembangunan jiwa untuk mendekatkan Islam dengan generasi syabab.
Email


SMOSH & MALAYSIA


Dalam minggu saya banyak menonton video-video Smosh di Youtube.Apa yang menarik adalah ada fans mereka dari Malaysia hantar surat kepada mereka.Satu video yang buat saya tergelak adalah,masa ada surat dalam tu ada gula-gula.Selepas itu dia rasa gula-gula dan berkata,'TASTE LIKE MALAYSIA' (HAHAHAHAHA).

Dibawah adalah snapshot yang aku ambil:







Cool bukan ada duit Malaysia.Siap teruja sebab ada kereta api dan lubang pada RM 5 (Window).Rasa macam nak hantar komik solo aku pada Smosh (kalau aku buat) boleh promosi di internet.Wuuhuu!

Rasanya sampai disini sahaja entri kali ini dan akan menonton SMOSH dan menyiapkan komik untuk SOUL ATRWORK. (klik pada pauntan)

Selamat Tinggal...........Fuhh! result SPM tak lah teruk sangat .








Wednesday, February 29, 2012

Comic Proposal Chronologies

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua!

Updated! Updated! Updated!
Memandangkan hari ini adalah 29 Februari 2012,saya akan mulakan entri kali dengan kronologi proposal komik saya.Apa kaitan 29 Feb dengan komik proposal? Memang tak ada kaitan langsung.

Semua emel yang di hantar kepada Komik-M:D

Tuesday, January 31, 2012 5:42 PM-Saya berminat untuk menghantar proposal bagi komik antologi dan berharap pihak tuan dapat membuat penelitian yang terbaik terhadap komik saya ini.Sekiranya ada kekurangan mohon beri penjelesan,saya mahu membuat pembetulan sekirannya ada kesilapan yang dilakukan.Terima kasih kerana sudi membaca proposal saya.

Friday, February 3, 2012 5:40 PM-Maaf sebab lambat membalas. Buat maklumam, setakat ini, komik antologi Komik-M hanya diterbitkan dalam bentuk hitam putih. Berkenaan lukisan pula, masih kurang konsisten dan ada bahagian yang nampak keras. Usaha sikit sahaja lagi. Insya-Allah tuan ada potensi untuk berjaya. Sekiranya berminat membuat antologi, mungkin tuan boleh bermula dengan cerita yang bertemakan 'IBU'. Hantar sinopsis dan contoh komik. Terima kasih.

Friday, February 17, 2012 9:57 PM-Ini adalah proposal untuk komik antologi yang bertemakan 'IBU'.

Friday, February 17, 2012 10:52 PM-Lukisan masih belum okey dan meniru Atasinchi. Usaha lagi menghasilkan lukisan komik yang lebih baik dan asli. Terima kasih.

Monday, February 27, 2012 4:34 PM-Adakah sempat lagi saya menghantar komik antologi yang bertemakan ibu ini.

Masih tidak membalasnya,walaupun sudah tiga hari. Setahu saya dateline untuk komik antologi ini bulan Mac,tapi tak pasti. Memandangkan Komik tidak membalas rasanya nak cuba sebuah syarikat baru yang menerbitkan komik islam.Ianya lebih mudah kerana tidak banyak persaingan. Mari kita lihat komik yang saya hantar kepada Komik-M.




Ini sahajalah yang boleh buat buat masa ni.Selepas ni nak mantapkan lukisan,storyline,flow dan lain-lain.


Komik yang sangat bagus dari segi semua aspek,cuma buku yang aku beli ni muka suratnya tercabut:P



Memandang keputusan SPM akan keluar pada 22 Mac nanti,saya sebenarnya tak sabar untuk mengetahui keputusan yang sebenarnya.Berharap sangat dapat masuk universiti

Okey,blog ni sudah berjenama yang baru (URL sudah tukar) maknanya target saya masih tidak tercapai lagi buat masa ni.Rasanya sampai di sini sahaja entri kali ini.Updated akan datang pada akhir bulan Mac nanti.

ADEUS

Sunday, January 1, 2012

I Am Back

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua!
Akhirnya tahun 2011 sudah melabuhkan tirai beberapa jam yang lepas.Mesti ada azam yang tidak tercapai pada tahun lepas. Kebanyakkan orang berazam bermacam-macam tapi satu apa tak menjadi.Pagi tadi saya ada terbaca tentang ini.(Bila sampai 31 Disember, berapa ramaikah umat Islam yang meraikan tahun baru? Tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan oleh Sheikh-ul-Azhar, Sheikh Tantawi, Sheikh Yusof al-Qardhawi dan ulama2 contemporary bahawa menyambut 31 Dis. bererti menyambut ulangtahun hari jadi tuhan Yahudi & Nasarah. Bagi mereka yang tidak tahu, hukumnya fasik, tetapi bagi mereka yang tahu (kita sekarang sudah tahu) hukum nya ialah MURTAD)Saya tidak pasti mengetahu perkara,kalau ia benar jadikan sebagai peringatan.

Kita tinggalkan perkara berkenaan dan kembali pada perkara yang hendak diperkatakan dalam entri kali ini.Sebenarnya saya tidak ada azam langsung pada tahun tetapi,ada perancangan dan impian yang telah disusun atur secara sistematik dalam otak.

Perancangan dan Impian

1) Menghasilkan komik yang berkualiti
2) Membeli camcorder
3) Membuat filem pendek
4) Masuk ke IPTA
5) Belajar bahasa asing
6) .....................
7) .....................
8) .....................
9) .....................
10) ...................


Tempat kosong ini akan diisi apabila tiba waktunya nanti.

Di antara perkara yang tersenarai di atas yang saya mahu kecapi dahulu adalah (Menghasilkan komik yang berkualiti) Impian ini daripada dulu lagi ingin terlaksana tetapi disebabkan oleh kemahiran melukis masih lemah dan pengalaman masih kurang jadi terpaksa memberhentikan hasrat hati.Tapi,tahun ini berharap sangat terlaksana dengan jayanya kerana saya tidak bersekolah lagi dan selesai menghadapi SPM dengan (.......)Berkemungkinan masa yang terluang selepas ini bolehlah melukis komik.



Ini merupakan watak-watak yang terdapat di dalam komik ini.Proposal masih dalam pembikinan dan bermungkinan esok akan hantar.Judul untuk komik ini adalah Kick Off,tetapi tidak tahu lagi diterima atau tidak.Sekiranya tidak terpaksa tukarlah.Okey rasanya sampai di sini sahaja entri untuk kali ini.Tiadak boleh cerita banyak-banyak tentang komik,kalau di reject buat malu sahaja.

강지영