Kesibukan Tahap Maximum
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua!
Berasa agak janggal untuk menulis kerana sudah tidak updated dengan begitu lamanya. Jadi,mahu atau tidak terpaksalah menulis.
.............................................................(Apa ya mahu tulis?)
Oh! Rasanya mahu cerita tentang Komik-M,tapi kalau cerita mesti panjang dengan meletihkan tangan menekan papan kekunci. Tapi kita cerita sedikit tentang Misi 10A yang dilukis oleh Afiq. Kebanyakan blog aku aku lawati sejak kebelakangan ini banyak mencerita tentang Misi 10A. Tapi aku tidak mahu menerangkan kebaikan komik ini kerana,sudah banyak updated di internet menerangkan isi kandungan yang menarik. Apa yang best aku dapat komik ini dengan percuma yang di tanda tangani oleh pelukis dan penulis (sungguh hebat).Ini merupakan komik yang kedua aku mendapat tandatangan dari pelukis secara exklusif-(betul ke ejaan ini). Kedua-dua tandatangan yang ditulis tersilap mengeja nama aku :3

Hari ini menghistiharkan akaun deviantart aku terpaksa ditutup kerana............
A)deviantart membosankan
B)deviantart membosankan
C)deviantart membosankan
D)deviantart membosankan


Bulan May ini agak memalangkan buat kehidupan seharianku kerana ibu kesayangan mengalami kemalangan akibat terjatuh sehingga menyebabkan anklenya menggalami patah.Semalam baru menjalani pembedahan dan sekarang berada di rumah sedang berehat. Berdoa agar kesihatan akan pulih tidak lama lagi.Tidak dilupakan sahabat saya yang mengalami kemalangan jalan raya kelmarin,berharap tabah dan sabar mengharungi dugaan yang diterima.