Pages

Monday, February 21, 2011

Aku-Mangaka 6

Hadiah Sudah Sampai(Komik-M Dan Gempak starz)

Lebih kurang dua bulan tunggu hadiah novel grafik sampai di rumah.Akhirnya dapat juga membacanya.Dua minggu berturut dapat baca komik dengan percuma.Tapi agak musyhkil sedikit dengan penyertaan slogan Gempak Starz kerana masa 11 November tahun lepas,Gempak starz ada buat laman web baru.Jadi sesiapa yang daftar awal dapatlah hadiah.Tapi tidak menyangka ada buat slogan untuk dapat hadiah.Ingatkan siapa daftar dahulu dapat hadiah.Ada juga tanya kawan-kawan di facebook,mereka berkata ada dua pertandingan.Yang peliknya masa akhir pertandingan ada satu senarai sahaja pemenang.Komik-M pula rasanya semakin meningkat sejak kebelakangan ini.Kualiti komik makin baik hari demi hari.Fasal proposal yang mungkin di-rijek hari itu,tidak pasti sebab emel tidak sampai lagi hingga hari.Okey jom kita lihat hadiah yang saya dapat dan ulasan-ulasan mengenai komik yang di baca.

















Aku,Kau Bola-separuh masa kedua(Ada sembilan komik dalam siri ini.Antara yang paling menarik sekali ialah,komik Kasut Bola Karu 10) 7/10

Aku,Kau Bola-separuh masa kedua Komik ini agak mengecewakan sedikit berbanding komik Aku,Kau Bola-separuh masa pertama.Komik yang menarik dari segi penceriataannya saya bagi kepada Meriah Bola dilukis oleh Pac.2/10

Smash 20 ബെസ്റ്റ്juga membaca komik ini tapi lukisan agak mengecewakan disebabkan banyak kesilapan anatomi manusia.Rasanya komik ini dilukis pada tahun 2009 kalau tidak silap.Tapi sekarang lukisan Foner semakin hebat tidak seperti dahulu.6/10

4th Dimension (Tidak banyak sangat yang hendak diceritan tentang komik ini kerana komik ini ringan.Cuma masa permulaan menyeronokan tentang seorang lelaki di kacau oleh perkara luarbiasa.8/10