Pages

Friday, September 9, 2011

Are We Under Share Together Sin?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua!

Entri Di bawah diambil dari http://wanwma.com/agama/adakah-kita-sedang-share-dosa-bersama-sama/.

Hari ini saya akan berkongsi tutorial matematik berantai yang mudah. Matematik ini hanya bermula dengan satu gambar.

Katakan ini gambar anda dan muat masuk di Facebook..





Ada 113 orang yang Like. Ehh, tu belum termasuk yang tengok gambar tu tapi tak tekan Like, sekadar tengok je. Katakanlah jumlah orang yang tengok tu 500 orang daripada 3000 friends yang kita ada. Dan katakanlah dari 500 orang yang melihat itu, 300 orang merupakan lelaki yang bukan mahram bagi kita.

Okay. Mari kita mulakan kiraan.
Sehelai rambut yang kita tayang pada orang yang bukan mahram kita akan dapat 1 dosa. Atas kepala kita tu ada berapa helai rambut ye? Ada kajian yang mengatakan secara amnya kita mempunyai lebih kurang 100 000 helai rambut. Maka dosa kita adalah 100 000 dosa bagi setiap orang yang melihat gambar kita. Itu baru seorang yang melihat. Ini dosa kita, bukan orang lain.

Disebabkan ada 300 orang lelaki bukan mahram yang melihat gambar kita, maka,
100 000 x 300 = 30 000 000 (tuga puluh juta) ——— (A)
Perlu diingatkan, 300 orang tu cuma anggaran. Mungkin lebih ramai, kan ada 3000 friends. Gambar di setkan public pula. Semua orang boleh tengok termasuk mereka yang bukan friends. Gambar kita comel, tertarik dan menarik pula. Seterusnya kita boleh tambah dosa menayangkan aurat iaitu selain muka dan tapak tangan. Ohh, tapi perlu diingatkan, syarat menutup aurat itu tidak jarang, longgar dan tidak menampakkan bentuk tubuh.
Maka, (dosa tidak menutup aurat) x 300 orang = 300 dosa ——– (B)
(A) + (B) = 30 000 300 —— (C)

Baiklah. Mari kita teruskan.
Kita rasa tak berapa puas hati bila upload gambar sendiri tapi tak ramai yang comment atau like, jadi kita tag kepada kawan-kawan kita. (Boleh klik pada gambar untuk besarkan siapa kawan-kawan yang di tag.) Kita fikir, tak perlulah ramai-ramai sangat, 12 orang kawan baik kita pun cukuplah. Di sini saya sertakan secara kasar jumlah friends yang kawan baik kita (12 orang ni) ada.

Ultraman Taro: 783 friends
Pikachu: 1339 friends
Keluang Man: 1565 friends
Doraemon Suka Dorayaki: 953 friends
Hang Tuah: 3210 friends
Donald Duck: 678 friends
Spongebob Seluar Kuning: 2144 friends
Tasmania: 653 friends
Vampire Hisap Darah: 1922 friends
Harry Potter: 2831 friends
Kerengga: 2101 friends
Kambenk: 1217 friends

Wahh, berapa dah semua friends tu? 19 396 orang. Dan katakan jugalah separuh dari jumlah tu adalah lelaki yang bukan mahram bagi kita (9 698 orang)
Maka, (C) x 9698 = 290 940 juta —— (D)
Ingat, ni semua cuma anggaran. Dan ini hanya 1 gambar. Katakanlah kita ada 9 album dan di dalam setiap album ada 20 gambar.

Maka, (D) x 9 x 20 = 523 692 00 juta
Ini belum lagi dikira dosa-dosa lain dalam setiap gambar, contohnya gambar kawan-kawan kita yang sama tidak menutup aurat. Ya, kita yang tanggung dosa setiap helai rambut mereka yang ditayangkan. Belum lagi dikira gambar posing maut dengan pasangan tidak sah (baca: belum bernikah) masing-masing. Perghh..tu dosa lain dah tu. Itu dosa menghampiri zina, punyalah ditayangkan di khalayak ramai.

Belum lagi dikira dosa gambar ini dipinjam dan di’share‘ oleh orang lain dan meletakkannya di blog, majalah, akhbar. Ohh, kalau kes ini, perlu darab pula dengan bilangan lelaki bukan mahram yang membaca blog, majalah dan akhbar itu. Gambar menutup aurat atau tidak, kalau gambar muka close-up sampai nampak parut jerawat itu boleh mencairkan hati lelaki, mengundang kepada syahwat, belum lagi dikira dosanya.
Ini baru Facebook, belum lagi gambar kita di akau media sosial kita yang lain – Myspace, Friendster Twitter, Formspring, Tumblr.
Serabut? Pening?

Tak perlu susah-susah nak kira lah kalau macam tu. Dah tau memang dosa kan?
Cik wanita, its time to wake up!
Cik wanita, jangan takut untuk menegur mereka yang suka-suka tag gambar kita di FB.
Ehh, sekejap. Entri ni bukan untuk wanita sahaja okay!
Encik lelaki di luar sana, sila sedar bahawa jika yang meletakkan gambar di atas ini isteri kamu, adik perempuan kamu, kakak kamu, ibu kamu, anak perempuan kamu, semua dosa mereka, kamu juga ada sahamnya.
523 692 00 juta dosa (anggaran!), kalau belum berkahwin, bapa tanggung. Kalau sudah berkahwin, suami tanggung.

Encik lelaki, sama juga saham dosanya jika anda sendiri yang tag gambar wanita tidak menutup aurat.
Sekian, tamatlah tutorial matematik berantai hari ini. Semoga bermanfaat.
Selamat men’delete‘ gambar.

Tuesday, August 23, 2011

Malaysian Youtubers

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua!


Hari saya akan membuat satu ulasan tentang keempat-empat youtubers di bawah.

1) Mentol Pecah
Pertama sekali tonton video mereka pada akhir tahun lepas.Video mereka sangat best,tapi dulu masa awal-awal aku tengok.Tapi sekarang kurang menyegat mungkin sibuk dengan hal masing-masing.



2)ShahrinCool
Mamat ini memang cool dalam video beliau.Rasanya video yang paling best sekali tajuknya 'Cinta Itu Beautiful' memang terbaik.



3)Afiqsays
Maaf video beliau hanya boleh di tonton yang berumur 18 tahun keatas sahaja.Videonya agak ***** tapi mempunyai mesej yang tersendiri.Tapi heran kenapalah komen-komen yang diterima agak menyingung perasaan.



4)AmanWan
Siapa Aman Wan ini? Adakah beliau seorang jutawan syarikat yang terkemuka? Mukanya mirip Aaron Aziz dan suara persis Piere Andre.Hahaha....
Mula kenal Aman Wan ini sebelum beliau terkenal lagi.Satu saya beliau merupakan seorang freelancer pelukis komik.Tengok muka sahaja buatkan kita tergelak.

......................................................................................................................................................................

Mari kita saksikan video terbaik mereka :D









Sebenarnya ada banyak lagi Youtubers yang terbaik ada di luar sana.Nanti kalau tulis panjang berjelar-jelar dan membuatkan jariku kepenatan.Sampai di sini sahaja sesi ber-blogging saya.Semogo jumpa lagi......αντίο



Minggu Depan Sudah Raya Larrrr......

Monday, July 25, 2011

Back Update Blog It Almost Two Months Untouched

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua!

Mulai sekarang saya akan sambung semula blog ini dan akan berusaha untuk memajukan diri dari semasa ke semasa.



http://www.facebook.com/pages/AkuMangakaOfficialPages/193125074061715

Klik salah satu link diatas untuk menghubung terus saya tanpa ada cukai sebarang dikenakan.Kepada yang ada akaun youtube,jangan lupa subscribed ya.

Sunday, May 29, 2011

Aku-Mangaka 12 (Final Post)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua!

Seperti yang dijanjikan pada minggu lepas iaitu berkaitan dengan ANUGERAH PEKOMIK 2011 yang berlangsung semalam.Hari ini saya akan (...........) para pemenang yang menggondol anugerah yang paling berprestij bagi pelukis tanah air.Errkk...apa nak ckp yea.Oh, mari kita lihat para pemenang.



Taniah kepada barisan pelukis Komik-M yang berjaya memenangi anugerah berkenaan.Dengan anugerah ini yang dicapai oleh Komik-M,membuatkan aku lebih bersemangat untuk menghasilkan komik untuk diterbitkan di Komik-M.Berusahalahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!





Jangan lupa untuk singgah ke blog yang baru yang bermula ............ http://akumangaka.blogspot.com/

Tuesday, May 17, 2011

Aku-Mangaka 11

Post Terakhir Untuk Blog Ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua!

Ini merupakan post yang terakhir untuk blog ini disebabkan masalah teknikal yang berlaku keatas blog saya.Saya telah menukar ke blog yang baru http://akumangaka.blogspot.com/.Blog yang baru ini akan memaparkan segala aktiviti harian saya bermula ..............Selepas ini,bahasa yang disampaikan dalam blog yang baru akan lebih menarik berbanding blog ini kerana bahasa yang digunakan agak membosankan.Sekali saya ingatkan,jangan lupa untuk melawat ke...................................................................................................................


Anugerah Pekomik 2011

MAJLIS ANUGERAH PEKOMIK 2011 DAN
PENUTUP KARNIVAL PENULIS 1MALAYSIA
AUDITORIUM, ARAS 2, PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA.
28 MEI 2011 (SABTU)


8.30 pagi - Ketibaan Para Jemputan

9.00 pagi - Ketibaan Prof. Dr. Muliyadi Mahmood.
Penasihat PeKOMIK
- Negaraku
- Bacaan doa
- Ucapan Alu-aluan oleh Prof. Dr. Muliyadi Mahmood
Penasihat PeKOMIK

9.30 pagi - Forum Perdana PeKOMIK
"Eksklusif dan Profesionalisme dalam Seni Komik”
Panel: En. Hj. Zainal Buang Huseein, En. Reggie Lee, En. Chee & En. Aadi Salman

10.30 pagi - Jamuan ringan

10.50 pagi - Ketibaan YBhg. Dato’ Raslin bin Abu Bakar
Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia

11.00 pagi Ucapan Anugerah PeKOMIK oleh En. Muhd Azhar Abdullah Presiden PeKOMIK

11.15 pagi Penyampaian Kemuncak Anugerah PeKOMIK 2011

1.00 petang Pelancaran Buku
Penyampaian Sijil Peserta Bengkel Penulisan Kreatif

1.30 petang Ucapan Penutup Karnival Penulis 1Malaysia oleh
YBhg. Dato’ Raslin bin Abu Bakar
Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia

- Sidang media

- Makan tengah hari

Majlis Bersurai

Finalis Anugerah Pekomik 2011




Abaikan nombor 14 yang kedua kerana berulang upload.

Saya rasa ini bukan post terakhir untuk blog ini.Disebabkan anugerah pekomik yang berlangsung pada akhir bukan ini,saya akan membuat post terakhir tentang pemenang-pemenang anugerah tersebut.

Saturday, May 7, 2011

Aku-Mangaka 10

Kesibukan Tahap Maximum

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua!

Berasa agak janggal untuk menulis kerana sudah tidak updated dengan begitu lamanya. Jadi,mahu atau tidak terpaksalah menulis.

.............................................................(Apa ya mahu tulis?)

Oh! Rasanya mahu cerita tentang Komik-M,tapi kalau cerita mesti panjang dengan meletihkan tangan menekan papan kekunci. Tapi kita cerita sedikit tentang Misi 10A yang dilukis oleh Afiq. Kebanyakan blog aku aku lawati sejak kebelakangan ini banyak mencerita tentang Misi 10A. Tapi aku tidak mahu menerangkan kebaikan komik ini kerana,sudah banyak updated di internet menerangkan isi kandungan yang menarik. Apa yang best aku dapat komik ini dengan percuma yang di tanda tangani oleh pelukis dan penulis (sungguh hebat).Ini merupakan komik yang kedua aku mendapat tandatangan dari pelukis secara exklusif-(betul ke ejaan ini). Kedua-dua tandatangan yang ditulis tersilap mengeja nama aku :3



Hari ini menghistiharkan akaun deviantart aku terpaksa ditutup kerana............
A)deviantart membosankan
B)deviantart membosankan
C)deviantart membosankan
D)deviantart membosankan






Bulan May ini agak memalangkan buat kehidupan seharianku kerana ibu kesayangan mengalami kemalangan akibat terjatuh sehingga menyebabkan anklenya menggalami patah.Semalam baru menjalani pembedahan dan sekarang berada di rumah sedang berehat. Berdoa agar kesihatan akan pulih tidak lama lagi.Tidak dilupakan sahabat saya yang mengalami kemalangan jalan raya kelmarin,berharap tabah dan sabar mengharungi dugaan yang diterima.

Tuesday, April 5, 2011

Aku-Mangaka 9

Tiga Bulan Dalam Kesibukan Harian

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua!

Akhirnya sudah berlalu tiga bulan hari persekolahan yang merungsingkan kepala.Sekarang ini masih ada beberapa bulan lagi sebelum SPM bakal menjelma.Jadi dalam tiga bilan akan datang aku sibuk dengan:

a)Waktu sekolah
b)Kerja sekolah
c)Tuisyen
d)Komik-untuk KOMIK-M dan majalah sekolah
e)Taekwondo
f)Bola sepak
e)Filem pendek untuk 100% Creative Fever

Uish!Tidak menyangka sebanyak itu apabila disenaraikan.Mesti pandai membahagi masa ini,kalau tidak (habis la aku).

Berkaitan dengan video yang aku sangat minat terhadap perkara ini sejak mula mengenali software Coral Video(trial).Banyak juga video yang telah siap dengan jayanya.Dengan sehubungan itu,aku dengan kawan-kawan sekolah bercadang untuk membuat filem pendek dalam durasi lebih kurang 10 minit dalam masa satu minggu waktu cuti penggal akan datang.Jadi harus buat pelbagai rujukan dan meminta pendapat dari orang yang pakar dalam bidang ini.Tanpa ada masalah sekiranya kita berusaha.



UNDER 18 YANG BAKAL DI-LIVE ACTION-KAN

Sunday, April 3, 2011

OTHERS 5

Bakat Baru Komik Sudah Tiba-100% CREATIVE FEVER

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua!

Tahun ini berbeza dengan tahun-tahun sebelum kerana,kategori lama sudah tiada.Masih menetapkan wallpapper ilustration sebagai kategori D dan menambah kategori yang baru.

a)Short film/animation
b)Application
c)Merchandise


Sila layari laman web GEMPAKSTARZ untuk mendapat maklumat lanjut.Click the white sentences.

Monday, March 21, 2011

OTHERS 4

Pendapat Orang Terhadap Cerita Nana Narita (TV9)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua!

Lebih kurang dua minggu lepas ada iklan drama tv keluar di TV9.Drama itu adalah Nana Narita,yang dilakonkan oleh Faizah Elai (btul ke eja nama die).Sekarang ini baru episod ke-dua ditanyakan.Tapi tidak menyangka pula,ada pula komen yang tidak menyenangkan apabila dibaca berkaitan drama itu.Nasib baik ada yang membantah.Mereka berpendapat bahawa drama itu memalukan imej Naruto dan lain-lain.Saya sebagai peminat anime tidak berasa demikian kerana watak yang dibawa itu hanyalah peminat Naruto sahaja,bukannya live action sebenar.Jadi mari kita saksikan promo video dahulu sebelum mengkritik.



Komen-komen yang diberikan terhadap drama ini.



Diambil di Youtube



Diambil di Facebook



Orang yang macam inilah yang kita cari sekarang.Nazry Salam Feeqry penulis Misi 8A & Misi 10A serta Aviasi Fantasi.

Sebagai rakyat Malaysia yang dikenali di negara luar sebagai lemah lembut dan sopan santun kita tidak boleh bersifat yang teruk.Walaupun sebenarnya ada yang bahagian yang mengarut sedikit di mana scene berlawan yang tidak sama langsung dengan anime Naruto.Tapi,pada seluruh cerita tetap menceritakan seorang gadis mempunyai minat mendalam terhadap Naruto.

p/s: Be professional think rasional.

Monday, March 14, 2011

Aku-Mangaka 8

Facebook Facebook Facebook Facebook

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua!

Sesiapa yang tiada facebook pasti tertinggalan.Tidak kira tua dan muda pasti mempunyai akaun Facebook.Jadi hari ini jom kita kita mengenal bagaimana saya tahu apa itu FACEBOOK.

Mula tahu facebook pada tahun 2009 masa main game Habbo.Masa itu baru dua bulan main Myspace.Selepas sebulan buat satu akaun (tapi tidak on pun).Sekarang ini sudah 1 tahun 3 bulan 9 hari.Kini masanya saya akan berhenti seketika selama 9 bulan.Demikian saya berbuat begitu adalah ingin menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembelajaran dan komik.

Jadi jom kita saksikan gamabr yang menarik terjadi semasa saya ber-facebook.












Sebelum mengakhiri sesi ber-blog ini saya akan menunjukkan autograph yang saya dapat semasa di pesta buku di Jusco kelmarin.



Reja silap tulis nama "Zuhalri".

Friday, March 11, 2011

Aku-Mangaka 7

Acara Komik Pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua!

Hari esok saya akan hadiri acara di MPH Alpha Angle Wangsa Maju pukul 1.00 hingga 5.00 petang anjuran Komik-M.Pelukis komik yang terlibat adalah,Bobhairy,Froggypapa,Azhar Abdullah dan Reja.Aktiviti yang dijalankan seperti,karikatur percuma,demo lukisan dan book signing.Jadi mari kita ramai menghadirikan diri bagi memeriahkan lagi suasana.





Monday, February 21, 2011

Aku-Mangaka 6

Hadiah Sudah Sampai(Komik-M Dan Gempak starz)

Lebih kurang dua bulan tunggu hadiah novel grafik sampai di rumah.Akhirnya dapat juga membacanya.Dua minggu berturut dapat baca komik dengan percuma.Tapi agak musyhkil sedikit dengan penyertaan slogan Gempak Starz kerana masa 11 November tahun lepas,Gempak starz ada buat laman web baru.Jadi sesiapa yang daftar awal dapatlah hadiah.Tapi tidak menyangka ada buat slogan untuk dapat hadiah.Ingatkan siapa daftar dahulu dapat hadiah.Ada juga tanya kawan-kawan di facebook,mereka berkata ada dua pertandingan.Yang peliknya masa akhir pertandingan ada satu senarai sahaja pemenang.Komik-M pula rasanya semakin meningkat sejak kebelakangan ini.Kualiti komik makin baik hari demi hari.Fasal proposal yang mungkin di-rijek hari itu,tidak pasti sebab emel tidak sampai lagi hingga hari.Okey jom kita lihat hadiah yang saya dapat dan ulasan-ulasan mengenai komik yang di baca.

















Aku,Kau Bola-separuh masa kedua(Ada sembilan komik dalam siri ini.Antara yang paling menarik sekali ialah,komik Kasut Bola Karu 10) 7/10

Aku,Kau Bola-separuh masa kedua Komik ini agak mengecewakan sedikit berbanding komik Aku,Kau Bola-separuh masa pertama.Komik yang menarik dari segi penceriataannya saya bagi kepada Meriah Bola dilukis oleh Pac.2/10

Smash 20 ബെസ്റ്റ്juga membaca komik ini tapi lukisan agak mengecewakan disebabkan banyak kesilapan anatomi manusia.Rasanya komik ini dilukis pada tahun 2009 kalau tidak silap.Tapi sekarang lukisan Foner semakin hebat tidak seperti dahulu.6/10

4th Dimension (Tidak banyak sangat yang hendak diceritan tentang komik ini kerana komik ini ringan.Cuma masa permulaan menyeronokan tentang seorang lelaki di kacau oleh perkara luarbiasa.8/10

Sunday, January 9, 2011

Aku-Mangaka 5

Tidak Propsal Aku Tidak Diterima Agaknya

Lebih kurang seminggu aku hantar proposal ke Komik-M tapi mereka tidak membalasnya cuma satu,mereka mahu lihat contoh komik aku.Sebenarnya aku sudah hantar mungkin terlepas pandang agaknya.Mereka cuma lihat sinopsis cerita dengan watak dalam komik aku.Masa aku hantar proposal aku hantar berasingan contoh komik dengan sinopsis cerita sebab file besar.Jadi mereka cuma baca yang sinopsis sahaja.Kemudian aku hantar sekali lagi,tetapi malangnya tidak berbalas mesej itu.Aku cuba dapatkan pendapat Bro Nazry dengan Bro Foner,Mereka mengatakan banyak kesilapan yang aku buat.Dalam fikiran aku semestinya proposal aku bakal di rijek oleh pihak Komik-M.(sedihnya)Arrrhhh,pedulilah apa kata mereka yang pastinya aku buat dengan segala aku termampu setakat ini.Kata panjang tidak berguna jom kita saksikan proposal yang di hantar ke Komik-M dengan rasminya.



















Kalau anda perasan di sini ada colour error.

















Inilah proposal aku hantar untuk Komik-M.Kepada anda yang hendak menghantar proposal komik,sekiranya anda tidak melebihi standard ini,berkemungkinan komik anda bakal di-rejek.Jangan ambil hati sekiranya tidak dapat,perbanyakkan bersabar dan berlatih bersungguh untuk mencapai cita-cita anda.Anda boleh merujuk bagaimana proposal dihasilkan dan boleh bertanya sekiranya ada soalan yang bermain difikiran anda.