Pages

Friday, December 31, 2010

KNOWLEDGE 3

Post terakhir untuk bulan ini.(Hari itu silap)

Tahun 2010 kian malabuhkan tirai,dan tahun 2011 pula melompat keriangan.Ini masanya untuk kita untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Malam kelmarin skuad Harimau Malaya(Malaysia)menjadi juara dalam AFF SUZUKI CUP,mengalahkan pasukan Garuda(Indonesia) dengan agregat 4-2.Safee Sali menjadi penjaring terbanyak dalam perlawanan tersebut dengan menjaringkan 5 gol,mengalahkan Cristian Gonzales sebnyak 3 gol sahaja.Mari kita saksikan detik-detik manarik skuad negara semasa perlawanan berlangsung.





Safee Sali penjaring terbanyak.

Okey,rasanya sampai disitu sahaja entri saya kali ini.Proposal tinggal sedikit sahaja untuk dikemaskini,mungkin hari ini hantar.Mudah-mudahan berjaya,Amin.

Thursday, December 23, 2010

Aku-Mangaka 4

PERKARA-PERKARA YANG MENARIK BERLAKU PADA BULAN INI

Fuh! Akhirnya sempat juga saya update blog ini.Lama juga tidak online di FB disebabkan masalah kerosakan modem.Nasib baiklah saudara bagi pinjam,kalau tidak susah nak hantar proposal Komik-M.Buat pengetahuan anda,contoh komik saya sudah siap tetapi sekarang ini sedang tunggu Bro Nazry buat penilaian dahulu.Kalau beliau kata okey saya siapakan proposal komik dan terus hantar.Kita tinggal bab hantar propsal dan terus kepada perkara-perkara yang saya janjikan iaitu....(SILA LIHAT UPDATE SAYA SEBELUM INI).Tetapi tidak menyangka saya dapat lagi satu hadiah daripada pihak Gempak Starz.Tetapi malangnya saya terlepas hadiah utama iaitu PLAYSTATION 3(PS3).Saya cuma dapat novel grafik sahaja.Tetapi tidak kisah semua itu yang penting nama saya tercatat disitu.



Saya dapat tempat ke-2 dalam Dialog Lucu Komik-M Minggu Kedua (Undian sebanyak 20 orang).Masih tidak cukup lawak lagi kerana minggu ketiga saya dapati ada undian sebanyak 80+.Itu sudah cukup membanggakan kerana mereka hanya pelajar sekolah.



Terima kasih kepada Reja pelukis komik Shootz! kerana menerima fanart saya untuk komiknya yang sudah masuk isu #3.



Nama saya berada di no 20.Sekarang ini tunggu hadiah sampai ke rumah sahajalah:D

Alhamdullilah,tahun 2010 sudah hampir ke penghujungnya.Saya rasa ini merupakan post terakhir untuk bulan ini.Bila lihat semula post sebelum teringat pula masa lampau yang membuatkan saya berfikir panjang.Apa-apa pun hidup mesti diteruskan dan jangan lupa ingat kepada Tuhan yang satu,sekiranya kita lupa kepadaNya dia juga akan lupa akan kita.Perkara yang bermain difikiran saya adalah-Adakah proposal saya akan diterima pihak pengurusan Komik-M?....(Persoalan itu sedang bermain difikiran saya sekarang)